Wednesday, December 07, 2011

Pagi baru

Pagi ini
Tak ingin aku berandai
Hari ini
Macam semalam
Pagi bertemu malam

Dongeng apa
Mimpi bertandang
Bercerita sepi
Tanpa diundang
Melakar maya
Menyapa rasa
Mengungkit cinta
Mengajak memburu rindu

Shah Alam
7 Dis 2011

Thursday, August 18, 2011

Entrepreneurship quote

“Identify your problems but give your power and energy to solutions.” Tony Robbins

Mencari manis abadi

Habis manis sepah dibuang. Di mana letak manisnya?

Tuesday, August 09, 2011

Ingin juga saya ketahui tentang perkara dibawah, jika ada sesiapa yang dapat beri penerangan lanjut.
~~~~~~

DILARANG MEMERANGI PEMERINTAH ISLAM YANG ZALIM

Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka).

Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”.

Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?”
Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”.
(Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.
(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam.

Monday, August 08, 2011

Negaraku

Daripada 8 Naib Presiden Petronas, dua daripadanya Melayu. 20% saham MAS jadi milik Tony Fernandes. Melayu cukup dengan makan melukut tumpah di negara sendiri.

Thursday, August 04, 2011

Renungan

Hari ini, dan sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya suka merenung pengertian ayat-ayat ini:
2:247 "....Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendakiNya..."
3:26 "Katakanlah, ya Allah Yang Mempunyai Kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kerajaan daripada siapa yang Engkau kehendaki...."

Serta jawapan Rasulullah saw kepada Baihara bin Firas, yang mengajak Baginda bekerjasama, dan bila menang, minta agar kuasa diberikan kepada beliau, "Allah memberikan kuasa kepada siapa yang Dia Mahu" (Muhammad The Messenger - Naeem Siddique)

4 Ramadhan 1432

Selamat Menyambut Ramadhan alMubarak

⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
Daripada Fauzi Shaffie

Wednesday, August 03, 2011

Trust

Reduce the terms for the trust, there will be less hurdle for relationship, love and marriage.

Monday, August 01, 2011

Judgement

Being "non-judgmental"? We are judging with every sentence that we write . . . it is a matter of a "judgement on what?"

Thursday, July 28, 2011

Matlamat

Bila saya diminta balik, disuruh balik dan dibenar balik ke Kelantan akhir 1990, doa saya ialah "Ya Allah, jangan engkau masukkan aku ke dalam golongan yang mengguna agamaMu untuk kepentingan sendiri".

Wednesday, July 27, 2011

Decision

Just decide and get on with your life! You can always change direction along the way.

Monday, July 25, 2011

Manggis vs Durian

Saya tidak akan tegur pokok durian "kenapa tidak membuahkan manggis?". Saya akan tegur pokok manggis "kenapa tidak berbuah manggis?".

Thursday, July 21, 2011

Answer

The one who provide an answer is always at liberty to communicate affective information to impact the thinking mind of a questioner

Sunday, July 03, 2011

Daripada FB Rosman Mohd Said

Rosman Mohd Said
Andaikata pembangkang menang PRU13, maka demonstrari akan dibenarkan.

Kalau2, tuntutan RCI diujudkan atas kes video anwar ditolak, apakah demonstrasi ygakan diadakan kelak akan disertai pemimpin2 yg sertai BERSIH?
Friday at 15:23 via Maxis fb2mobile · Like ·
Mohd Amran Bin Misni and Afiq KLtown like this.

Bidin Yatim
Tok sah dok spin2 ler
Friday at 18:00 · Like

Fauzi Shaffie
Dulu Ahmadijead antara yang lantang menentang Shah kerana sekat demonstrasi. Sekarang Ahmadinejad sekat demonstrasi. Power rocks!
Friday at 20:15 · Like

Bidin Yatim
Demonstrasi adalah fitrah manusia bila tak puas hati. Siapa pun memerintah, demonstrasi aman perlu dibenarkan. Di London contohnya, memerhatikan demonstrasi melibatkan jutaan manusia, polis memberi kerjasama. Tiada provokasi. Ekonomi depa tak merosot sebab demonstrasi. Tak der pula kita lihat iklan kat tv supaya rakyat jgn sertai demonstrasi. Tak der dakwaan bhw demo tu haram. Tingkah laku gomen dan budak2 pencacai kerajaan dan tukang spin depa (Man, hang pencacai depa ka?), amat desperate dan memalukan. Bagi jer la, depa nak buat demo. Bagi laluan khusus. Polis jaga keselamatan depa dan oghang ramai.. Tok sah nak spin2. Demo ttg Palestin tak der masalah pun kecuali bila pihak keselamatan buat kacau. Demonstrasi umat Islam terhadap kekejaman Israel di UK sentiasa mendapat kerjasama polis UK meskipun Britian adalah penyokong kuat rejim Israel. Harap2 kerajaan dan juak2 serta spinner depa buka minda dan melihat di luar tempurung sempit.
Friday at 20:39 · Like · 2 people

Fauzi Shaffie
Tahun 80an, MISG US buat majalah dengan gambar Yaser Arafat bersalam dengan PM Israel, tidak ada satu pun printer yang terima tempahan untuk cetak. They are so free to refuse . . . . . so democratic.
Friday at 20:47 · Like

Fauzi Shaffie
Britain was one of the Main Players in creating Israel. When they allowed demonstration, does that show they have repented?
Friday at 20:49 · Like · 1 person

Bidin Yatim
At least they allowed demonstration that went against their stand. The issue here is not about repenting or not but about allowing demonstration by their people and the people who wanted to demo - their citizens or not. How many malaysians and other Muslim who were non UK citizens were there? Tak der pula tuduhan bahawa ianya di dalang oleh anasir asing. Pokoknya, our government and their supporters are still not politically matured. Terkongkong bawah tempurung sempit though have been exposed yrs in foreign countries. Pity them
Friday at 21:09 · Like · 3 people

Fauzi Shaffie
Those demonstrations would never affect the relationships between the UK and Israel. They r too strong to be affected. Negeri asing pun tak berani nak dalangkan.... but does give +ve image to UK. Hence the policy.

Di Malaysia ada sejarah dalang datang ke Malaysia dan buat kenyataan lawan kerajaan yang ada tanpa ada hormat. Even Singapore is playing its role somewhere. Orang2 yang pernah merintah tu tahu amat.

Power rocks! Bukan iman yang berkata-kata begitu!
Friday at 21:17 · Like

Fauzi Shaffie
It is too naive not to think that Spore (and of course its allies) has made no effort in destabilising Malaysia.
Friday at 21:21 · Like

Bidin Yatim
Ha ha ha I thot we are their fren? After all we shared the same consultant? Israel is their fren and ours too?
Friday at 22:21 · Like

Bidin Yatim
Bukan ka kita baru serahkan Tanjung Pagar kat kawan kita seberang tembok tu?
Friday at 22:31 · Like

Fauzi Shaffie
I believe educated people should use more of their thinking faculty to understand world politics, and of course local politics, the power brokers, the strategies, parasites . . . blackmail and corruptions.

Emotion wont help us. But iman certainly does.
Friday at 22:33 · Like

Putera Mahameru
Truly beleive in trouth ....
Friday at 23:11 · Like

Putera Mahameru
and beleive realities ...
Friday at 23:11 · Like

Bidin Yatim
Macam biasa dengar jer? Changing the government will de-stabilise the country? Kegiatan pembangkang dibiaya negara luar? Demonstrasi jalanan didalang anasir luar negara? Lagu lama yg didendang oleh UMNO/BN. Tambah2 bila kuasa tergugat. Sikit2 kuasa di seberang tembok. Ha ha ha, modal lama tu. Kelakar.
Yesterday at 01:00 · Like

Misdan Adam
Dalam ramai-ramai ahli panel diskusi ini, saya rasa Prof BY yang paling banyak pengetahuan dan pengalaman. Saya agak beliau banyak membaca, bayak menilai kertas kerja, banyak berdiskusi dan banyak menulis jernel, maka saya rasa saya setuju dengan Prof BY.
18 hours ago · Like

Bidin Yatim
Misdan, saya pernah jadi polling agent beberapa kali. Pernah angkut pengundi. Cuma sekarang hanya memerhati dari jauh memberi sedikit tumpuan pada karier akademik. Tunggu pencen utk aktif semula. He he he
18 hours ago · Like

Misdan Adam
Ada yang menulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan, kesusahan dan keperitan. Ada yang berhujjah sekadar berhujjah.
18 hours ago · Like

Misdan Adam
Ada yang berhujjah sekadar dendam.
18 hours ago · Like

Fauzi Shaffie
Saya tak pernah jadi poling agent, saya tak pernah angkut pengundi, saya tak banyak membaca, saya tak banyak nilai kertas kerja, saya tak banyak berdiskusi, saya tak tahu ada juga orang 'tulis jernal',saya tidak pernah terlibat politik, saya tak tunggu pencen nak aktif semula, maka saya tidak layak dipercayai?

Jika orang bercerita dengan kesalahan kita, itu ertinya dendam. Kalau kita cerita tentang kesalahan orang itu ertinya perjuangan, halal dan baik.

Inilah demokrasi yang sedang diperjuangkan.

Inilah yang dinamakan keadilan.

Aku dok tengah cari kitab mana yang dia rujuk!
18 hours ago · Like

Misdan Adam
janganlah mudah terasa
itu pandangan mereka sahaja
17 hours ago · Like

Fauzi Shaffie
Jawapan saya itu umum . . . . sebagai 'mewakili', jika mereka nak wakilkan.... jika mereka tak wakilkan, anggaplah itu satu daripada contoh orang berhujjah sekadar berhujjah.
15 hours ago · Like

Bidin Yatim
Jom cari tajuk baru...
16 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Tunggu juga jawapan,
Tapi tak datang-datang,
Mungkin rasa dah menang,
Konon umpan dah dimakan,
Lalu ketawa sakan,
Dengan iringan rakan,

Kesian budak Rosman Mohd Said tu,
Dah la berpolitik tak tahu,
Tak ada jawatan politik la tu,
Mana ada peluang begitu,
Jadi poling agent atau angkut pengundi hantu,
Bukan juga pensyarah atau guru,
Mana boleh tulis jernal yang laku,
(Aku rasa orang tulis artikel, bukan tulis jernal)

Dak Rosman Mohd Said tu kan insurance agent,
Semua orang dia jadikan pelanggan,
Mana boleh dia bermusuhan,
Tapi dalam persahabatan,
Nak juga dia beri 'pendapatan',
Kot kot ada yang boleh faham,
Alih alih dia dikata tak berpengalaman,
Dan tidak berpengetahuan,
Itu satu penghinaan,
Dalam negara demokrasi berparlimen,
Tapi orang yang rasa dah menang,
Mana nak bagi can.

Saturday, July 02, 2011

Buka minda sikit . .

Fauzi Shaffie
Siapa yang gelak sekarang? Siapa yang kena gelak?
about an hour ago · Like ·
Shamsinor Zaman likes this.

Misdan Adam
ada celak biasa, ada celak raja
ada gelak kuasa, ada gelak derita
about an hour ago · Like · 1 person

Fauzi Shaffie
Bila debu tempur mula jatuh melata;
Gelak raja lawak tidak mampu memadam derita.
about an hour ago · Like · 1 person

Misdan Adam
temulawak halia bara
raja lawak penglipur lara

jeritan rakyat mau hidup
gelak kuasawan mau mencekup
about an hour ago · Like

Bidin Yatim
Apa heran orang menggelak lama dah dok kena gelak
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie
Di sana rakyat di sini pun rakyat,
Pemimpin menjerit rakyat bertempur,
Yang pukul rakyat yang sakitpun rakyat;
Pemimpin juga dok saling menghulur.
about an hour ago · Like · 1 person

Fauzi Shaffie
Rakyat di kampung berpecah belah,
Depa di Parlimen ketawa berdekah.
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie
Ceramah berdegar kecam kroni,
Sendiri amal memang hipokrisi.
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie
Singgah Awana makan keropok lekor,
Memang aku kenal sekor sekor.
about an hour ago · Like

Misdan Adam
mana-manapun ada hipokrasi
ada yang nyata ada yang hendak jadi
mana yang dah jadi elakkan diundi
mana yang belum jadi tegurlah sendiri
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie
Ku tulis yang dah terbukti.
Bukan baru nak jadi.
Takkan nak disebut disni,
Ku bukan pemburai peribadi.
about an hour ago · Like

Misdan Adam
sedalam ngarai cinta abadi
tanda makrifat kasih sejantera
bukan pemburai sikap peribadi
maslahat umum lebih utama
58 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Berpencak bagai pahlawan,
Bila menembak dialah terbersih,
Balik tabir cari kawan,
Tak kan tak ada untuk aku sih....
57 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Kecam orang membalak licin,
Bila berpeluang difaraid habis licin.
55 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Di sana rakyat di sini pun rakyat,
Pemimpin menjerit rakyat bertempur,
Yang pukul rakyat yang sakitpun rakyat;
Pemimpin juga dok saling menghulur.
53 minutes ago · Like

Misdan Adam
bila berkata biarlah nyata
barulah hebat budaya kita

jangan berkias orang tak faham
rakyat juga yang akan dibaham
52 minutes ago · Like

Misdan Adam
mana lebih lama 21 atau 53?
usahkan 21, yang 53 pun masih berpecah
44 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie ‎
21 tahun memerintah,
Di kampung hamba masih berpecah,
Bahasanya sama, saling tak tumpah,
Pakat dihulur kroni semata,
Sana sini sama sahaja,
Beza cuma sikit banyaknya,
Yang tak gegak tengoklah saja,
Melopong tunggu janji dikota,
Keadilan dijaja rupanya tidak serata.
Tak cukupkah itu sebagai cerita?
Hamba tak betah buka puaka,
Itu bukan ajaran baginda,
Walaupun depa tu dok jaja nerata,
Depalah pahlawan ternama
Membela nasib rakyat jelata,
Atas nama Islam tercinta,
Apa kunampak kuasa dicita,
Bersamanya peluang tercipta,
Membelek tuah dimana ada.
38 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie ‎
21 + 18 = 39
37 minutes ago · Like

Misdan Adam ‎
39 masih kurang daripada 53
36 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Pokoknya bukan 1 atau 39 atau 53.
Pokoknya rakyat masih menjadi tunggangan kepada janji yang tidak dikota, tanpa usaha.
34 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Saya tidak membela sesiapa.
Cuma minta membuka minda. Rakyat tidak mudah ditunggang hingga berpecah
dan punah ranah.
34 minutes ago · Like

Misdan Adam
bukan tahun jadi ukuran
mana-mana yang tidak betul mesti dihebahkan
33 minutes ago · Like

Misdan Adam
Melayu hebat bukan kerana tuah atau jebat
melayu hebat kerana bercakap benar disemua tempat
30 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Kalau Harun Din dan Harun Taib terpaksa mengguna Utusan Malaysia untuk menyampaikan hasrat mereka, fahamlah betapa perebutan kuasa yang menyekat mereka bersuara melalui Harakah! Ertinya mereka tidak ada kebebasan dalam parti sendiri. Dan mereka hanya menunjukkan jari kepada UMNO. Kempen bisik mereka tetap berlaku, tapi tak mengaku. Bukankah itu hipokrisi? Bila ditanya atas fakta, mereka akan justify, kan kita pun parti politik juga.....
28 minutes ago · Like

Misdan Adam
kita bentuk budaya baharu
jangan diikut polotik tan tentu
nanti kita juga yang akan menggaru
budaya punah harta pun tak tahu
16 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie
Itu sebab dari mula,
Hasrat saya membuka minda,
Tapi bila diasak dibuka cerita,
Saya buka sikiiiiiiiiiiiit je,
Baunya ramai tak sangka,
Itupun sebenarnya cerita yang dah terbuka.
Dan kalau yang asak tu yang atas sana,
Nanti saya buka yang belum terbuka,
Kes naya rakyat lagi menderita,
Yang dihormat rupanya banyak dusta,
Kepada siapa nanti nak bawa,
Harapan sebagai pembela,
Nasib rakyat yang kian merana.
6 minutes ago · Like

Friday, June 17, 2011

Demonstrasi (Julai 2011?)

Fauzi Shaffie
Mengaku pejuang Islam. Mengaku pejuang demokrasi. Tapi bila diberi peringatan tentang tindakan demonstrasi boleh diambil kesempatan oleh golongan yang merancang tanpa pengetahuan kita, saya pula yang ditempelak, diejek . . . . memang dah terlalu lebih yakin. 'Demokrasi' mereka tak benarkan pendapat berbeza. 'Islam' mereka tak benarkan peringatan jika bercanggah dengan hasrat. Allah Maha Pengampun.
about an hour ago · Like ·
تون آدم, Engku Aikay Aristo, Opie Mansor and 3 others like this.

Fauzi Shaffie Islam benarkan berperang, tapi fahamilah fiqhnya. Islam benarkan demonstrasi, juga, fahamilah fiqhnya.
56 minutes ago · Like · 2 people

Fauzi Shaffie Bila sahabat hendak keluar berperang, Nabi saw berpesan "Jangan bercita-cita untuk bertemu dengan musuh. Jika kamu bertemu dengan mereka, kukuhkanlah pendirian kamu".


Kita baca dan dengar, bila merancang demonstrasi terbaru, berapa banyak, berapa ramai yang dah buat telahan untuk bertembung dengan polis, akan dipukul polis. Cabar mencabar . . . . . . Nanti, bila polis buat sesuatu, kita baca nanti, berapa banyak, berapa ramai yang akan kata polis zalim. Kalau dah nak berlawan, berlawan la. Kalau sakit, tanggung la, doakan agar dapat pahala. Itu kan adat perjuangan. Itu kan adat berlawan. Kenapa nak komplen?
49 minutes ago · Like

Ruslan Harun Sama la nasihat u cam sheikh al azhar yg nasihat jgn demo di dataran tahrir. Tapi al qardhawi dn rakyat marhaen terus berkumpul sebab itu hak mereka
49 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Wahai manusia, fahamlah, ingatlah, bila berlaku pertembungan merebut kuasa, masing-masing pihak tidak akan layan istilah 'sakit', jahat' zalim dsb.
48 minutes ago · Like

Ruslan Harun Cukupla jadi pengampu n pencacai umno. Di negara maju demontrasi aman tanpa ada masalah. Polis menjaga keselamatn perserta demo. Kenapa bila demo pemuda umno n perkasa di komtar n suk selangor tak diharamkan. Tak diberi nasihat.
46 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Ruslan Harun, Saya tidak nasihatkan pun supaya tidak berdemo. Saya hanya beri peringatan apa boleh berlaku. Pilihan masing-masing.
46 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Inilah Ruslan Harun 'pejuang'. Jika berbeza pendapat terus 'brand' ke pihak lawan. Strategi nak kawal pengikut macam tu la. Dan saya tak sokong pun demo Pemuda UMNO tu, jangan tanya saya kenapa polis tidak ambil tindakan.
44 minutes ago · Like

Ruslan Harun Ini bukan demo yg pertama oleh bersih, ngo n parti pembangkang. Sebelum ni dah puluhan demo. Memang tak pernah ada permit kecuali demo perkasa n pemuda umno dapatla permit. Mana demokrasi? Mana keadilan?
43 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Tempat saya bagi nasihat tadi ialah kawan saya. Bila mereka cemuh saya, saya undur diri. Bukan takut, tapi tidak mahu berada dalam keadaan benci-membenci.
42 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Jangan tanya dan minta keadilan dengan saya. Itu bukan tugas saya.
42 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Saya nasihatkan kawan kerana sayangkan kawan. Yang saya tak nasihat, kerana mereka bukan kawan saya. Tak suka dengar atau baca nasihat saya, saya tak marah. Cuma kalau tak faham, saya hakan terangkan. Tapi kalau caci dan maki, brand melulu, saya pun ada perasaan.
39 minutes ago · Like

Ruslan Harun Cuba bertanya dgn adil kenapa rakyat egypt n timur tengah berdemo walaupun dihujani peluru, kenapa mereka pertaruhkan nyawa. Mereka memilah fiqh jihad. Bukan fiqh periuk nasi....
37 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Laaaaa, faham kah tulisan saya? Di mana saya kata 'jangan berdemo'?
36 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Tapi bila anda pergi berdemo, jangan dok kata orang yang tidak berdemo itu 'pengampu' dan 'pencacai'. Nabi mana ajar macam itu? - Itu kalau Ruslan Harun berpegang kepada ajaran Nabi la....
34 minutes ago · Like

Ruslan Harun Faham.
34 minutes ago · Like

Ruslan Harun Pengampu n pencacai umno sebab menakut kan rakyat. Yang takut pada demo hanyalah umno. Yg anti demo bersih adalah pencacai n pengampu umno perkasa dll
32 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Saya bukan rakyat ke? Yang tak setuju berdemo bukan rakyat ke? Suara orang yang tak setuju dengan demo tu bukan suara demokrasi ke? Kalau tak setuju dengan pendemo terus jadi pencacai pengampu UMNO ke? Undang-undang mana ni? Perlembagaan mana pulak ni?

Inilah yang saya beri peringatan tadi. Semoga Allah menyaksi bahawa saya sudah beri peringatan. Ya Allah ampunkan hambamu.
28 minutes ago · Like

Ruslan Harun Berhimpun secara aman adalah hak rakyat! Cuma umno n pencacai sahaja yg buat provokasi n cerita2 memburukkan demonstrasi. Rakyat yg 3 suku saja yg tak boleh bezakan demontrasi dgn huru hara. Bila perkasa n umno demo apasal tak bagi hukum fiqh? Bila pembangkang tak boleh. Umno boleh?
23 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Nak saya ulang berapa kali? Ada saya larang, sekat anda mahu berdemo?
22 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie semoga para pembaca boleh baca dengan jelas, ini tulisan Ruslan Harun > "Rakyat yg 3 suku saja yg tak boleh bezakan demontrasi dgn huru hara." < Inilah yang kononnya berjuang untuk membela rakyat.
20 minutes ago · Like

Ruslan Harun kenapa tak bagi peringatan pada polis supaya memastikan keselamatn n lalu lintas pada peserta demo sebagaimna di negara maju?
19 minutes ago · Like

Ruslan Harun Ye. Rakyat cerdik tau faedah demonstrasi aman. Semua negara n peradaban dunia melalui siri2 demonstrasi. Kenapa ada pencacai umno yg bodoh menolak demontrasi. Semata2 ingin mengekalkan kuasa n kroni!
16 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie he he . . . . mau polis tu dengar peringatan saya?

Saya katakan tadi, saya ingin beri peringatan kepada 'KAWAN'. Kalau tak setuju dgn saya, kawan saya tak perlu CACI MAKI CEMUH LABEL saya. Tinggalkan saya sendirian. Bagi saya, tugas saya selesai.

Tapi kalau dah tak habis-habis dengan caci maki tu, dok kata 3 suku, pencacai, pengampu, bodoh, dll tu memang BUKAN AJARAN Nabi.
13 minutes ago · Like

Ruslan Harun Nabi mana ajar bila kawan kita tak setuju dgn kita. Kita terus tulis kt fb kata pejuang islam bla bla bla. Memburukkan pejuang islam. Nabi mana ajar?
11 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Nabi ajar, dan Allah suruh beri peringatan kepada orang beriman . . . banyak tu dalam Qur'an 'ya ayyuhallazi na aamanuu....' Para sahabat itu semuanya pejuang. Yang tegur itu ialah Nabi, dan yang perintah itu ialah Allah swt.
9 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Dan lagi sekali saya ulang, saya TIDAK LARANG ATAU SEKAT mereka......
8 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Tapi mereka, dan termasuk Ruslan Harun yang dok cemuh ni haa....
7 minutes ago · Like

Ruslan Harun Dr yusof al qardhawi bersama rakyat mesir di dataran tahrir walaupun hosni mubarak n ulamak periuk nasi beri peringatan dah berfatwa songsang. Saya rasa peringatan anda adalah sesat n penakut
4 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie Ruslan Harun berhak berpendapat sedemikian. Dia berhak mengguna mulut dan jarinya sebagaimana yg dia mahu. Mulut dan jarinya akan menjadi saksi dihadapan Allah di Padang Mahsyar.
3 minutes ago · Like

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru

Fauzi Shaffie
>>Saya hormat pada guru dan berterima kasih atas kemurnian tugas mereka. Namun hari ini saya menjadi amat kecewa, bila guru menyruh anak saya mengulang tulis jawapan matematik yang salah sebanyak 30 kali. Jika tidak buat akan dirotan........ bila anak saya tidak mahu buat, kerana isteri saya tidak bagi buat sebegitu, beliau tidak mahu mengajar dan cuba membangkitkan rasa benci pelajar lain terhadap anak saya . . .
about an hour ago · Like ·
Shamsinor Zaman and Sharifah Syahirah like this.

Bunyamin Harun>> tak paham..
about an hour ago · Like

Bunyamin Harun >> ada ke guru yamg macam itu..
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie >> itu lah yg berlaku dua tiga hari ini . . .
about an hour ago · Like

Ab Aziz Abdul Latiff >> Walau apapun yang dibuat oleh guru hanya sanya untuk mendidik anak2 kita supaya jadi orang2 yang berguna masa depan. Mungkin metodologinya kuno tapi hasratnya tetap murni.
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie >> Bagi saya, itu adalah penderaan fizikal dan mental. 3 kali kira boleh diterima. 30 kali sekali-kali tidak.
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie >> anak saya tidak nakal, malah antara pelajar terbaik di situ. disayangi oleh rakan-rakannya, malah pelajar-pelajar tersebut beritahu anak saya jangan pindah sekolah . . . . . dia dapat jolokan 'Little Messi' kerana pandai main bola serta bermain untuk sekolah.
about an hour ago · Like

Misdan Adam >> Hasrat guru murni dan tulus. Semasa saya bersekolah rendah begitulah 'hukumannya', dan akhirnya saya terus mengingati sehingga sekarang, walaupun saya sudah lupa guru yang mana, tetapi ilmunya masih kekal sehingga kini.

Barangkali, teknik begitu sudah tidak sesuai lagi, apatah lagi sekiranya guru tersebut membangkitkan rasa benci pelajar lain terhadap murid berkenaan. Bagi saya, guru tersebut ada masalah minda, dia barangkali sakit yang perlu dirujuk ke pakar psikologi atau psikiatri.
about an hour ago · Like

Bunyamin Harun >> jumpa personally dengan dia..bincang elok elok..masing masing ada ego masing2..
59 minutes ago · Like

Misdan Adam >> ‎'...mengulang tulis jawapan matematik yang salah sebanyak 30 kali'? Sekiranya saya jadi guru, saya hanya akan menyuruh murid mengulang tulis jawapan yang betul, paling banyakpun sehingga dia boleh memahami bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul, barangkali tak sampai 3 kali pun.
57 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> Kerana isteri saya pergi bincang dgn Pengetua maka dia bersikap begitu pada hari ini, padahal, tidak ada keburukan yg dibincang. Perbincangan disekitar bagaimana ingin membantu murid. Dia tidak tahu pun apa yg dibincang. Isteri saya MA psikologi.
56 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie ‎>> Misdan Adam, he he. Ulang tulis jawapan yg betul la tu. 30 kali.... sebenarnya banyak lagi perbuatan guru tersebut yang pada saya tidak membantu murid. setiap kali masuk kelas mesti ada ugutan - rotan. Dia pula asalnya bukan guru matematik!
54 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Saya aktif dalam PIBG sekolah sejak 8,9 tahun lepas dan sentiasa rapat dengan guru. Bagi saya, ramai juga yang ada masalah psikologi. Ada seorang guru lelaki yang menyanyi dengan kuat 'Warga tua, sampah masyarakat...' kuat-kuat depan murid, guru-guru yang lain tidak sedikitpun menegurnya.
53 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Ada ramai guru yang suka mengajar murid 'teknik menjawab', bukannya memberitahu bagaimana memahami soalan dan mendapatkan ilmu daripadanya.
51 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Kalau cikgu tu suruh ulang tulis banyak kali...kira baguslah...Matematik elok diulang2...yang ditakuti cikgu tu tak suruh buat apa langsung....
49 minutes ago · Like

Bunyamin Harun >> itu lah kelemahan sistem pelajaran kita..belajar utuk lulus bukan untuk faham dan kemudian menembangkankan kreativiti.
49 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Misdan Adam, saya mengajar (training) teknik belajar - study skill- sejak 1991. Tetapi bila terlalu banyak permintaan bukan untuk study skill tetapi untuk teknik menjawab, saya berhenti tawarkan khidmat itu pada 2004. Saya tidak suka ajar teknik menjawab -
48 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Ada juga guru yang menyuruh muridnya merebus buku dan meminum air rebusannya. Mungkin dia melawak, tetapi ada murud yang mengambil serius lawakannya.
48 minutes ago · Like

Haji Rahim Mahmood >> hantar sekolah tahfizlah..kecewa jugak..
44 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie ‎>> Hadi Mat Dain: kalau itu jenaka saya terima, tetapi kalau itu juga hujah seorang HM, saya rasa HM tu kena belajar psikologi pembelajaran dan pengajaran semula.
44 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Tuan FS: memang benar belajar ni hingga ke akhir hayat.....
42 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Bagi saya matematik ini logik, mesti diajar asas logiknya, bukan sekadar menghafal rumus untuk mendapatkan jawapannya. Kalau sekadar menghafal, tiga empat tahun lepas belajar, lupalah rumus tersebut.

Bukti adanya Allah adalah adanya alam ini. Allah mencipta alam semesta ini dengan ilmuNya, ilmu sains, ilmu logik. Itulah tanda kekuasaan Allah, menciptakan segalanya dengan perancangan yang teliti. Setiap ilmu adalah berkaitan, kerana Allah menjadikan ilmu itu bersepadu, satu. Manusialah yang mengelaskan mengikiut taksonomi.
42 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Repetition develops skill......
39 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Misdan Adam: you r entering into a very dangerous ground - hope not to continue - Jika bukti adanya Allah ialah adanya alam ini, adakah jika tidak ada alam ini maka tidak ada Allah?....
39 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Hadi Mat Dain: true repetition develops skills. repetition also breeds boredom. too much boredom is torture. math is thinking skills, not writing skills.
37 minutes ago · Like · 1 person

Fauzi Shaffie >> A teacher may asks to do 30 different math questions, but not to repeat writing the same thing 30 times.
35 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> As you mentioned...the teacher is not a maths teacher...
32 minutes ago · Unlike · 1 person

Misdan Adam >> Tuan FS, terima kasih atas teguran. Kita hanya membukti berdasarkan apa yang kita ada, apa yang kita fahami.

HM Hadi, saya setuju 'repetition develops skills'. 'Practice makes fluent, not perfect'. Tetapi dalam hal matematik ini, kita perlu develop kefahaman bukan skil sahajal, skill kalau tak buat lama boleh hilang skill.
30 minutes ago · Unlike · 1 person

Hadi Mat Dain >> Memang banyak masalah seperti ni sekarang...sebab ibu-bapa ramai yang lebih pandai drp guru....Saya pun pening kepala menerima komplen parents tentang guru2 saya...cuma diharapkan parents tidak menegur guru depan anak2...sekuarng2nya kita ajar anak hormat guru...kalau tak terima sebagai guru pun anggap je hormat orang tua...
26 minutes ago · Unlike · 2 people

Fauzi Shaffie >> ‎Misdan Adam: "practice makes fluent", also true is "wrong practice, you may become fluently wrong", "perfectly wrong'. So, asking students to repeat such things, which they may do wrong again (as in the case of the above students, true), will reinforce the wrong method used.
26 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Guru2 yang dilantik bukan kita boleh pilih ikut kehendak kita...berbagai2 jenis yang ada....
25 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Bagi saya, saya tidak dapat menghayati asas logik orang lain. Di sekolah rendah di tempat saya ada kelas murid-murid pendidikan khas, murid disleksia, sindorm down dan sebagainya. Ada murid yang daripada mula kelas hingga masa balik sentiasa nak mencari kunci untuk membuka kelasnya, dan bermain di luar. Seorang guru mengajar dua tiga orang murid sahaja, setiap tahun perlu belajar teori itu dan ini. Kesian pada guru-guru.
23 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Hadi Mat Dain: pernah seorang HM confided in me "lebih mudah kawal murid 800 orang drpd nak kawal cikgu 80 orang". Ya, saya faham dan simpati.
23 minutes ago · Like

Misdan Adam >> HM Hadi, memang ramai ibu bapa yang lebih pandai dari guru-guru. Kalau mereka pandai, mengapa mereka tidak mengajar sendiri anak mereka.

Ditempat saya menjadi AJK PIBG ada seorang ibu yang sentiasa komplen itu dan ini, rajin datang mesyuarat PIBG walaupun tidak bayar yuran PIBG. Selepas keputusan UPSR diumumkan, anak beliau dapat 5A. Saya mengatakan bahawa anak beliau tidak layak menerima hadiah daripada PIBG, tetapi disebabkan dia komplen banyak dan tidak mahu berhujjah panjang, maka akhirnya diberi juga hadiah.
10 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Politik sekolah hebat, kalah politik pejabat.
about a minute ago · Unlike · 1 person

Saturday, March 12, 2011

Soutul Hurriah - Lyrics and translation

نزلت وقلت انا مش راجع
وكتبت بدمي في كل شارع
سمًعنا اللي ما كانش سامع
و اتكسًرت كل الموانع
سلاحنا كان احلامنا
و بُكره واضح قدامنا
من زمان بنستنى
بندور مش لاقيين مكانا
*****
في كل شارع في بلادي .. الحريه بتنادي
رفعنا راسنا في السماء
و الجوع مبقاش بيهمنا
اهم حاجه حقنا
و نكتب تاريخنا بدمنا
و كنت واحد مننا بلاش ترغي و تقولنا
نمشي و نسيب حلمنا
بطل تقول كلمة انا
في كل شارع في بلادي .. الحريه بتنادي

*************************

I went out & i said I will not return
And I wrote with my blood in every street
we make those who did not listen to us hear us
we broke all barriers
Our weapon was our dreams
And tomorrow become clear Ahead
Long ago and we are waiting…
Searching for Place for us
In all streets of the country freedom calling
We raised our heads in the sky
And hunger is no longer concerns us
Most important need is is our right
We are writing our history,with our blood
If you’re one of us Leave talking & stop saying to us to Move away and leave our dream
saying the word ” I “
In all streets of the country freedom calling

From: http://ghadaessawy.tumblr.com/

Sout Al Horeya صوت الحريه Amir Eid - Hany Adel - Hawary On Guitar & Sher...

Monday, January 24, 2011

Kelalut

Aku tersiku
Dengan kelalut laku
Bangsaku

Aku terpaku
Melihat pelaku
Terus kaku
Dalam minda beku



Abezi
Cyberjaya
24 Jan 2011

Saturday, January 01, 2011