Tuesday, August 09, 2011

Ingin juga saya ketahui tentang perkara dibawah, jika ada sesiapa yang dapat beri penerangan lanjut.
~~~~~~

DILARANG MEMERANGI PEMERINTAH ISLAM YANG ZALIM

Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka).

Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”.

Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?”
Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”.
(Riwayat Muslim).

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.
(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam.

No comments: