Fauzi Shaffie
Siapa yang gelak sekarang? Siapa yang kena gelak?
about an hour ago · Like ·
Shamsinor Zaman likes this.
Misdan Adam
ada celak biasa, ada celak raja
ada gelak kuasa, ada gelak derita
about an hour ago · Like · 1 person
Fauzi Shaffie
Bila debu tempur mula jatuh melata;
Gelak raja lawak tidak mampu memadam derita.
about an hour ago · Like · 1 person
Misdan Adam
temulawak halia bara
raja lawak penglipur lara
jeritan rakyat mau hidup
gelak kuasawan mau mencekup
about an hour ago · Like
Bidin Yatim
Apa heran orang menggelak lama dah dok kena gelak
about an hour ago · Like
Fauzi Shaffie
Di sana rakyat di sini pun rakyat,
Pemimpin menjerit rakyat bertempur,
Yang pukul rakyat yang sakitpun rakyat;
Pemimpin juga dok saling menghulur.
about an hour ago · Like · 1 person
Fauzi Shaffie
Rakyat di kampung berpecah belah,
Depa di Parlimen ketawa berdekah.
about an hour ago · Like
Fauzi Shaffie
Ceramah berdegar kecam kroni,
Sendiri amal memang hipokrisi.
about an hour ago · Like
Fauzi Shaffie
Singgah Awana makan keropok lekor,
Memang aku kenal sekor sekor.
about an hour ago · Like
Misdan Adam
mana-manapun ada hipokrasi
ada yang nyata ada yang hendak jadi
mana yang dah jadi elakkan diundi
mana yang belum jadi tegurlah sendiri
about an hour ago · Like
Fauzi Shaffie
Ku tulis yang dah terbukti.
Bukan baru nak jadi.
Takkan nak disebut disni,
Ku bukan pemburai peribadi.
about an hour ago · Like
Misdan Adam
sedalam ngarai cinta abadi
tanda makrifat kasih sejantera
bukan pemburai sikap peribadi
maslahat umum lebih utama
58 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Berpencak bagai pahlawan,
Bila menembak dialah terbersih,
Balik tabir cari kawan,
Tak kan tak ada untuk aku sih....
57 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Kecam orang membalak licin,
Bila berpeluang difaraid habis licin.
55 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Di sana rakyat di sini pun rakyat,
Pemimpin menjerit rakyat bertempur,
Yang pukul rakyat yang sakitpun rakyat;
Pemimpin juga dok saling menghulur.
53 minutes ago · Like
Misdan Adam
bila berkata biarlah nyata
barulah hebat budaya kita
jangan berkias orang tak faham
rakyat juga yang akan dibaham
52 minutes ago · Like
Misdan Adam
mana lebih lama 21 atau 53?
usahkan 21, yang 53 pun masih berpecah
44 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
21 tahun memerintah,
Di kampung hamba masih berpecah,
Bahasanya sama, saling tak tumpah,
Pakat dihulur kroni semata,
Sana sini sama sahaja,
Beza cuma sikit banyaknya,
Yang tak gegak tengoklah saja,
Melopong tunggu janji dikota,
Keadilan dijaja rupanya tidak serata.
Tak cukupkah itu sebagai cerita?
Hamba tak betah buka puaka,
Itu bukan ajaran baginda,
Walaupun depa tu dok jaja nerata,
Depalah pahlawan ternama
Membela nasib rakyat jelata,
Atas nama Islam tercinta,
Apa kunampak kuasa dicita,
Bersamanya peluang tercipta,
Membelek tuah dimana ada.
38 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
21 + 18 = 39
37 minutes ago · Like
Misdan Adam
39 masih kurang daripada 53
36 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Pokoknya bukan 1 atau 39 atau 53.
Pokoknya rakyat masih menjadi tunggangan kepada janji yang tidak dikota, tanpa usaha.
34 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Saya tidak membela sesiapa.
Cuma minta membuka minda. Rakyat tidak mudah ditunggang hingga berpecah
dan punah ranah.
34 minutes ago · Like
Misdan Adam
bukan tahun jadi ukuran
mana-mana yang tidak betul mesti dihebahkan
33 minutes ago · Like
Misdan Adam
Melayu hebat bukan kerana tuah atau jebat
melayu hebat kerana bercakap benar disemua tempat
30 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Kalau Harun Din dan Harun Taib terpaksa mengguna Utusan Malaysia untuk menyampaikan hasrat mereka, fahamlah betapa perebutan kuasa yang menyekat mereka bersuara melalui Harakah! Ertinya mereka tidak ada kebebasan dalam parti sendiri. Dan mereka hanya menunjukkan jari kepada UMNO. Kempen bisik mereka tetap berlaku, tapi tak mengaku. Bukankah itu hipokrisi? Bila ditanya atas fakta, mereka akan justify, kan kita pun parti politik juga.....
28 minutes ago · Like
Misdan Adam
kita bentuk budaya baharu
jangan diikut polotik tan tentu
nanti kita juga yang akan menggaru
budaya punah harta pun tak tahu
16 minutes ago · Like
Fauzi Shaffie
Itu sebab dari mula,
Hasrat saya membuka minda,
Tapi bila diasak dibuka cerita,
Saya buka sikiiiiiiiiiiiit je,
Baunya ramai tak sangka,
Itupun sebenarnya cerita yang dah terbuka.
Dan kalau yang asak tu yang atas sana,
Nanti saya buka yang belum terbuka,
Kes naya rakyat lagi menderita,
Yang dihormat rupanya banyak dusta,
Kepada siapa nanti nak bawa,
Harapan sebagai pembela,
Nasib rakyat yang kian merana.
6 minutes ago · Like
No comments:
Post a Comment