Tuesday, September 21, 2010

AKU ADALAH AKU

Tidak pernah ada
Tidak ada kini
Dan tidak akan ada

Orang yang bernama
Sama dengan aku
Yang rupanya sama
Seperti aku

Dilahirkan pada waktu
Dan tempat yang sama
Aku dilahirkan oleh ibu
Yang melahirkan aku

Sememangnya

Aku adalah aku


Fauzi Shaffie
Kampung Baru
1995

Tuesday, May 11, 2010

UMNO 64 tahun

UMNO 64 tahun: Manusia boleh bersatu atas dasar sejarah untuk ketika mana emosi masih mengawal tindakan. Manusia akan lebih bersatu untuk buat sejarah selama mana sejarah itu masih belum tercipta.

Adalah jauh lebih baik untuk UMNO, atau mana-mana organisasi memimpin ahli dan penyokongnya untuk membina sejarah baru yang lebih gemilang. Melayu dulu bersatu kerana ingin membina sejarah dengan kemerdekaan. Kini sejarah itu telah tercipta. Sejarah yang sudah tercipta tidak mampu menjadi asas kepada penyatuan. Perhatikanlah sejarah dan perkembangan masyarakat sepanjang sejarah di seluruh dunia.

Fauzi Shaffie
Cyberjaya
May 11, 2010

Monday, May 10, 2010

Life Observations

People love or like you because of who you are, how you behave and what you do; NOT because you ask them to do, force them to like or sulk your way into his/her heart.
FS - Cyberjaya, May 10, 2010

Saturday, May 08, 2010

Love quote

"To be deeply loved is to posses the qualities of deeply loved; To love deeply is to reduce conditions of love to near naught." - Fauzi Shaffie, Johor Bahru, May 8, 2010.

Monday, March 29, 2010

Ombak

Kiralah pasir di pantai,
Itukah jasa ombak?
Ukurlah tebing yang runtuh,
Itukah khianat ombak?
Hayatilah keindahan pasir di pantai,
Itukah kedamaian ciptaan ombak?
Bilanglah manusia yang lemas,
Itukah kekejaman ombak?

Aku masih bernafas.
Ombak tak henti menghempas
Akulah yang melepas
Jika aku kira
Ombak itu hampas

Fauzi
28 Mac 2010

Monday, February 08, 2010

Pasangan

Pasangan
saling melengkapi

Pasangan
tidak sempurna
satu tanpa lagi satu

Pasangan
adalah
kau dan aku


Abezi
CJ080210

Tuesday, January 12, 2010

Nasi wangi

Kisah benar: sewaktu berumur 7 tahun, saya pernah buat eksperimen. Masa tu ibu sudah balik ke kampung, cuma tinggal saya dan kakak serta ayah yang menunggu untuk cuti hari raya.

Bila balik dari sekolah, ayah pesan supaya masak nasi. Kami berdua pun masaklah. Entah macam mana, datang idea nak buat eksperimen.

Mula-mula kami tambah susu manis. Lepas tu bubuh teh. Kalau tak silap teh wangi, memang warnanya merah. Dah tak ingat dah apa lagi yang kami bubuh.

Bila masak, nasi tu rasanya manis, berwarna merah jambu.

Takut kena marah, kami buang nasi tu, dan masak yang lain.....

Kenangan manis!