Saturday, September 22, 2012
Tanah Tumpah Darahku
Bumi bertuah
Kaya pujangga
Kaya luhur budi
Tapi miskin
Jiwa yang menadah
Pusaka bangsa
Menjaga dari lenyap
Ditelan masa
Semoga antara kita
Ada jadi panglima
Menghambat masa
Mencekah mata
Menuntut pusaka
Dari yang ada
Kelak pujangga
Berketurunan jua.
FS
Shah Alam
21 September 2012
Thursday, September 06, 2012
Garis Tamat
Tiada bicara duka
Tiada bicara luka
Tiada bicara sengketa
Tiada kata cinta
Tiada kata nista
Tiada kata bergula
Maka
Mentari tak bangkit dari beradu
Bulan terus membisu
Dan bintang mula mengadu
Lukisan cakarwala
Membina abstrak
Tanpa faham
Oleh insan
Tidak berilmu
Cyberjaya
9.19pg
6 Sept 2012
Angin
Embun menitip pucuk
Kelapa di pesisir
Pantai di simbah
Deru angin musim
Hujan yang meminggir
Nelayan mencongak rezeki
Terhalang kerana marahnya
Ombak yang mengganas
Akan pulangkah
Laksamana Tuah
Penantian sekelian
Rakyat tertipu
Si Kitol
Masih meraja di istana
Shah Alam
06-09-12
Subscribe to:
Posts (Atom)