Tuesday, March 25, 2014

Si Baju Hijau

Mereka benteng

Jika mereka keliru
Negara haru biru
Rakyat jadi kelkatu
Mencari cahaya
Rupanya api membakar
Mencari nyawa
Hujungnya mati mendampar

Pengakhiran peristiwa MH370

Saya boleh terima MH370 sudah hilang di Lautan Hindi. Saya juga yakin, tidak semua mereka yang memerhati peristiwa ini akan terima sebab-sebab yang akan diberitahu nanti kenapa ia berlaku begitu. Ramai yang sudah buat persepsi dan tiori tersendiri. Saya lebih berminat memohon Allah menyelamatkan umat Islam daripada perancangan golongan yang mahu memusnahkan mereka, walau siapapun mereka, walau di mana pun mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perancang.

Sunday, March 23, 2014

Nak royak ko Mek

Tange begedik kaki bejetak
Denga Mek bbobe
Royak kato semangak
Nak tolok 
Bala dok beraka(r)

Soh emsijay pening
Mugo tak seko ggining
Anak sedaro maghi dok teje
Nak lete 
Kherja buak
Ore bela bangso kuak

Ppakak pening weiy
Hok mana sor neiy
Nak paka kijo
Ore bijok 
Ada sokong dio
Ada Pijok

FS. Shah Alam. 23032014

Wednesday, March 05, 2014

Pada sekitar tahun 1989, sewaktu saya mula memberi latihan Membina Pasukan, saya minta pekerja saya, Hasrina, supaya lukis satu gambar tiga orang dalam perahu. Ada tiga gambar berurutan, gambar pertama dengan 'caption' "kami memiliki matlamat yang sama", pada gambar kedua 'caption'nya berbunyi "kami memiliki pandangan yang sama", dan pada gambar ketiga, "kami menuju ke arah yang sama". Ketiga-tiga orang dalam gambar tersebut menghadap pembaca yang berada ditebing dan perahu berada di air mengikut arus sungai. Pada gambar ketiga ditunjukkan perahu tersebut sedang menuju ke arah air terjun, tanpa disedari oleh tiga orang yang berada dalam perahu yang kesemuanya menghadap ke arah tebing. Sekiranya ada lukisan itu, insya Allah saya akan letakkan di sini kemudian.

Perkara yang ingin saya ketengahkan kepada peserta Membina Pasukan ialah sekiranya diambil secara ekstrim, kesemua anggota pasukan sering mempunyai idea yang sama dan sikap yang sama, besar kemungkinan organisasi tersebut berada dalam bahaya. Bahayanya ialah, organisasi tersebut tidak akan dapat keluar daripada tempurung pemikiran yang berputar dalam daerah kefahaman yang sekata dan perasaan yang sekata. Kesannya buruk, ahli menjadi selesa, tidak mahu malah membenci perbezaan, dan susah berlaku perubahan, walaupun ke arah kebaikan.

Perkara ini menjadi lebih sering bermain dalam benak pemikiran saya bila saya meneliti konsep "groupthink" yang diajar dalam subjek 'Kelakuan Organisasi' (Organisational Behaviour). Boleh juga diamati maksudnya di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Groupthink. Ketaatan kepada 'fikrah' kumpulan sering menyebabkan ramai tidak mahu memberi pendapat yang dianggap berbeza kerana 'ingin menjaga hati' atau 'tidak sanggup dikritik' kembali.

Padahnya, organisasi menjadi perahu yang berada dalam pusaran air.

Wajarkah slogan 'wahdatul fikri' yang menjadi sanjungan beberapa organisasi Islam satu ketika dulu (sekarang?) diteliti semula? 
Sebentar tadi, saya berbual agak lama dengan kawan lama. Selepas minum kami sambung dalam kereta. Topik berkisar sekitar keberkesanan organisasi Islam dalam menangani arus zaman.

Perkara pokok ialah, kenapa organisasi Islam lambat berkembang, tidak mempunyai pemimpin yang mampu membawa organisasi ke tempat yang dituju, lembab dalam menangani cabaran semasa.

Beberapa hari lepas saya ada komen di FB seorang rakan yang memberi mesej inginkan perubahan. Saya titipkan pendapat, para pemimpin yang dipilih adalah cerminan ahli yang memilih. Jika dalam mana-mana pemilihan, lebih 80% yang dipilih semula adalah wajah lama, maka mesej perubahan tidak berlaku.

Persoalannya, adakah ia akan berlaku?

Jawapan sebenarnya ada pada para pemimpin. Jika mereka sedar bahawa mereka dilantik sebagai pemimpin dan bukan sebagai 'khadam' (istilah yang ingin dipopularkan dalam proses demokrasi di Malaysia), maka mereka seharusnya bertindak sebagaimana dimaksudkan oleh perkataan tersebut - memimpin.

Memimpin bererti berada di hadapan, cari jalan dan buka laluan untuk mereka yang berada di belakang, bukan mengikut apa yang diberitahu oleh mereka dibelakang. Jika seseorang yang memegang jawatan pemimpin takut untuk bertindak sebagai pemimpin, malah menunggu 'lampu hijau' dari belakang, maka mereka bukan berkelakuan sebagai pemimpin, tetapi tidak lebih daripada sebagai pemandu bas henti-henti, yang berhenti setiap kali loceng ditekan oleh penumpang. 

Saturday, February 22, 2014

Sepanjang sejarah perhubungan China-Melayu tidak pernah terjadi persengketaan yang besar dan berpanjangan. Parameswara bersama permaisuri, pengiring dan rombongannya seramai 540 orang berkunjung ke China pada tahun 1422. Rombongan ini mencatat angkatan asing terbesar yang berkunjung ke China sewaktu pemerintahan Dinasti Ming. Selepas menerima sambutan dan anugerah terbaik daripada Maharaja Ming, kunjungan balas yang diketuai Zheng He menerima sambutan hangat di Melaka. Sentiasa menghargai semua tokoh yang berjasa bagi perdamaian dan kemajuan di pelbagai negara. Antara lain, termasuklah tokoh yang dipaparkan dalam buku ini iaitu Zheng He (1371-1433) atau dikenali sebagai Po Kong. Beliau dianggap utusan persahabatan yang besar dan berjasa kerana kejayaanya memimpin ketumbukan armada sebesar 27,000 anggota dalam pelbagai kunjungan muhibah ke lebih 30 kerajaan sekitar tahun 1405-33. Beliau dan ketumbukkannya tujuh kali ke Melaka dan ke Pahang (1409-12), Kelantan (1412) dan beberapa tempat lain di Semenanjung Tanah Melayu.
- Kong Yuanzhi


- See more at: http://www.bookbazaar.com.my/?page=shop%2Fflypage&product_id=555&keyword=pelayaran+Zheng+He&searchby=title&offset=0&fs=1#sthash.iPHGZJrq.dpuf
Jika ramai antara kita menjadi penegur seperti penegur zaman Umar r.a, kemungkinan tidak banyak yang perlu kita tegur pada pemimpin. Kerana seharusnya pemimpin yang terlantik daripada kalangan penegur bersifat seperti penegur zaman Umar r.a tidak akan lantik pemimpin yang perlu banyak ditegur.