Pada sekitar tahun 1989, sewaktu saya mula memberi latihan Membina Pasukan, saya minta pekerja saya, Hasrina, supaya lukis satu gambar tiga orang dalam perahu. Ada tiga gambar berurutan, gambar pertama dengan 'caption' "kami memiliki matlamat yang sama", pada gambar kedua 'caption'nya berbunyi "kami memiliki pandangan yang sama", dan pada gambar ketiga, "kami menuju ke arah yang sama". Ketiga-tiga orang dalam gambar tersebut menghadap pembaca yang berada ditebing dan perahu berada di air mengikut arus sungai. Pada gambar ketiga ditunjukkan perahu tersebut sedang menuju ke arah air terjun, tanpa disedari oleh tiga orang yang berada dalam perahu yang kesemuanya menghadap ke arah tebing. Sekiranya ada lukisan itu, insya Allah saya akan letakkan di sini kemudian.
Perkara yang ingin saya ketengahkan kepada peserta Membina Pasukan ialah sekiranya diambil secara ekstrim, kesemua anggota pasukan sering mempunyai idea yang sama dan sikap yang sama, besar kemungkinan organisasi tersebut berada dalam bahaya. Bahayanya ialah, organisasi tersebut tidak akan dapat keluar daripada tempurung pemikiran yang berputar dalam daerah kefahaman yang sekata dan perasaan yang sekata. Kesannya buruk, ahli menjadi selesa, tidak mahu malah membenci perbezaan, dan susah berlaku perubahan, walaupun ke arah kebaikan.
Perkara ini menjadi lebih sering bermain dalam benak pemikiran saya bila saya meneliti konsep "groupthink" yang diajar dalam subjek 'Kelakuan Organisasi' (Organisational Behaviour). Boleh juga diamati maksudnya di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Groupthink. Ketaatan kepada 'fikrah' kumpulan sering menyebabkan ramai tidak mahu memberi pendapat yang dianggap berbeza kerana 'ingin menjaga hati' atau 'tidak sanggup dikritik' kembali.
Padahnya, organisasi menjadi perahu yang berada dalam pusaran air.
Wajarkah slogan 'wahdatul fikri' yang menjadi sanjungan beberapa organisasi Islam satu ketika dulu (sekarang?) diteliti semula?

No comments:
Post a Comment