Monday, August 04, 2014

BUKU BERTEMU RUAS

Adakah kucing sanggup mendepan harimau?
Adakah pekerja sanggup meningkah tuan?

Tapi dalam gelanggang
Pabila buku bertemu ruas
Pabila rasa sepadan
Rasa merasuk fikir
Gah menyimpul akal
Syaitan meraja

Pabila kucing dipakaikan belang
Pabila pipit bersaing helang
Rasa kuat menjelma
Rasa gagah menggoda
Lawan kecik cuma
Mahu dimakan semua

Apa lagi tamak mendurja
Kuasa nanti dapat segala
Adab bertamu meminta takhta
Dialah maha raja
Belilah segala
Nanti kuasa bayar semua

Kelak akan balas jasa
Yang iring balaci
Yang melutut tangga
Yang sujud bangku

Kepada kaumku
Jangan percaya janji
Mahkota itu milikmu
Kerana perompak
Hukumnya perompak
Usai tugas
Engkau dilucut hak


Benshafi
Cyberjaya

04 Ogos 14