Saturday, September 22, 2012

Tanah Tumpah Darahku

Bumi bertuah Kaya pujangga Kaya luhur budi Tapi miskin Jiwa yang menadah Pusaka bangsa Menjaga dari lenyap Ditelan masa Semoga antara kita Ada jadi panglima Menghambat masa Mencekah mata Menuntut pusaka Dari yang ada Kelak pujangga Berketurunan jua. FS Shah Alam 21 September 2012

Thursday, September 06, 2012

Garis Tamat

Tiada bicara duka Tiada bicara luka Tiada bicara sengketa Tiada kata cinta Tiada kata nista Tiada kata bergula Maka Mentari tak bangkit dari beradu Bulan terus membisu Dan bintang mula mengadu Lukisan cakarwala Membina abstrak Tanpa faham Oleh insan Tidak berilmu Cyberjaya 9.19pg 6 Sept 2012

Angin

Embun menitip pucuk Kelapa di pesisir Pantai di simbah Deru angin musim Hujan yang meminggir Nelayan mencongak rezeki Terhalang kerana marahnya Ombak yang mengganas Akan pulangkah Laksamana Tuah Penantian sekelian Rakyat tertipu Si Kitol Masih meraja di istana Shah Alam 06-09-12