Sunday, May 15, 2011

Hari Guru

Fauzi Shaffie
>>Saya hormat pada guru dan berterima kasih atas kemurnian tugas mereka. Namun hari ini saya menjadi amat kecewa, bila guru menyruh anak saya mengulang tulis jawapan matematik yang salah sebanyak 30 kali. Jika tidak buat akan dirotan........ bila anak saya tidak mahu buat, kerana isteri saya tidak bagi buat sebegitu, beliau tidak mahu mengajar dan cuba membangkitkan rasa benci pelajar lain terhadap anak saya . . .
about an hour ago · Like ·
Shamsinor Zaman and Sharifah Syahirah like this.

Bunyamin Harun>> tak paham..
about an hour ago · Like

Bunyamin Harun >> ada ke guru yamg macam itu..
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie >> itu lah yg berlaku dua tiga hari ini . . .
about an hour ago · Like

Ab Aziz Abdul Latiff >> Walau apapun yang dibuat oleh guru hanya sanya untuk mendidik anak2 kita supaya jadi orang2 yang berguna masa depan. Mungkin metodologinya kuno tapi hasratnya tetap murni.
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie >> Bagi saya, itu adalah penderaan fizikal dan mental. 3 kali kira boleh diterima. 30 kali sekali-kali tidak.
about an hour ago · Like

Fauzi Shaffie >> anak saya tidak nakal, malah antara pelajar terbaik di situ. disayangi oleh rakan-rakannya, malah pelajar-pelajar tersebut beritahu anak saya jangan pindah sekolah . . . . . dia dapat jolokan 'Little Messi' kerana pandai main bola serta bermain untuk sekolah.
about an hour ago · Like

Misdan Adam >> Hasrat guru murni dan tulus. Semasa saya bersekolah rendah begitulah 'hukumannya', dan akhirnya saya terus mengingati sehingga sekarang, walaupun saya sudah lupa guru yang mana, tetapi ilmunya masih kekal sehingga kini.

Barangkali, teknik begitu sudah tidak sesuai lagi, apatah lagi sekiranya guru tersebut membangkitkan rasa benci pelajar lain terhadap murid berkenaan. Bagi saya, guru tersebut ada masalah minda, dia barangkali sakit yang perlu dirujuk ke pakar psikologi atau psikiatri.
about an hour ago · Like

Bunyamin Harun >> jumpa personally dengan dia..bincang elok elok..masing masing ada ego masing2..
59 minutes ago · Like

Misdan Adam >> ‎'...mengulang tulis jawapan matematik yang salah sebanyak 30 kali'? Sekiranya saya jadi guru, saya hanya akan menyuruh murid mengulang tulis jawapan yang betul, paling banyakpun sehingga dia boleh memahami bagaimana untuk mendapat jawapan yang betul, barangkali tak sampai 3 kali pun.
57 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> Kerana isteri saya pergi bincang dgn Pengetua maka dia bersikap begitu pada hari ini, padahal, tidak ada keburukan yg dibincang. Perbincangan disekitar bagaimana ingin membantu murid. Dia tidak tahu pun apa yg dibincang. Isteri saya MA psikologi.
56 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie ‎>> Misdan Adam, he he. Ulang tulis jawapan yg betul la tu. 30 kali.... sebenarnya banyak lagi perbuatan guru tersebut yang pada saya tidak membantu murid. setiap kali masuk kelas mesti ada ugutan - rotan. Dia pula asalnya bukan guru matematik!
54 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Saya aktif dalam PIBG sekolah sejak 8,9 tahun lepas dan sentiasa rapat dengan guru. Bagi saya, ramai juga yang ada masalah psikologi. Ada seorang guru lelaki yang menyanyi dengan kuat 'Warga tua, sampah masyarakat...' kuat-kuat depan murid, guru-guru yang lain tidak sedikitpun menegurnya.
53 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Ada ramai guru yang suka mengajar murid 'teknik menjawab', bukannya memberitahu bagaimana memahami soalan dan mendapatkan ilmu daripadanya.
51 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Kalau cikgu tu suruh ulang tulis banyak kali...kira baguslah...Matematik elok diulang2...yang ditakuti cikgu tu tak suruh buat apa langsung....
49 minutes ago · Like

Bunyamin Harun >> itu lah kelemahan sistem pelajaran kita..belajar utuk lulus bukan untuk faham dan kemudian menembangkankan kreativiti.
49 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Misdan Adam, saya mengajar (training) teknik belajar - study skill- sejak 1991. Tetapi bila terlalu banyak permintaan bukan untuk study skill tetapi untuk teknik menjawab, saya berhenti tawarkan khidmat itu pada 2004. Saya tidak suka ajar teknik menjawab -
48 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Ada juga guru yang menyuruh muridnya merebus buku dan meminum air rebusannya. Mungkin dia melawak, tetapi ada murud yang mengambil serius lawakannya.
48 minutes ago · Like

Haji Rahim Mahmood >> hantar sekolah tahfizlah..kecewa jugak..
44 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie ‎>> Hadi Mat Dain: kalau itu jenaka saya terima, tetapi kalau itu juga hujah seorang HM, saya rasa HM tu kena belajar psikologi pembelajaran dan pengajaran semula.
44 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Tuan FS: memang benar belajar ni hingga ke akhir hayat.....
42 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Bagi saya matematik ini logik, mesti diajar asas logiknya, bukan sekadar menghafal rumus untuk mendapatkan jawapannya. Kalau sekadar menghafal, tiga empat tahun lepas belajar, lupalah rumus tersebut.

Bukti adanya Allah adalah adanya alam ini. Allah mencipta alam semesta ini dengan ilmuNya, ilmu sains, ilmu logik. Itulah tanda kekuasaan Allah, menciptakan segalanya dengan perancangan yang teliti. Setiap ilmu adalah berkaitan, kerana Allah menjadikan ilmu itu bersepadu, satu. Manusialah yang mengelaskan mengikiut taksonomi.
42 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Repetition develops skill......
39 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Misdan Adam: you r entering into a very dangerous ground - hope not to continue - Jika bukti adanya Allah ialah adanya alam ini, adakah jika tidak ada alam ini maka tidak ada Allah?....
39 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Hadi Mat Dain: true repetition develops skills. repetition also breeds boredom. too much boredom is torture. math is thinking skills, not writing skills.
37 minutes ago · Like · 1 person

Fauzi Shaffie >> A teacher may asks to do 30 different math questions, but not to repeat writing the same thing 30 times.
35 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> As you mentioned...the teacher is not a maths teacher...
32 minutes ago · Unlike · 1 person

Misdan Adam >> Tuan FS, terima kasih atas teguran. Kita hanya membukti berdasarkan apa yang kita ada, apa yang kita fahami.

HM Hadi, saya setuju 'repetition develops skills'. 'Practice makes fluent, not perfect'. Tetapi dalam hal matematik ini, kita perlu develop kefahaman bukan skil sahajal, skill kalau tak buat lama boleh hilang skill.
30 minutes ago · Unlike · 1 person

Hadi Mat Dain >> Memang banyak masalah seperti ni sekarang...sebab ibu-bapa ramai yang lebih pandai drp guru....Saya pun pening kepala menerima komplen parents tentang guru2 saya...cuma diharapkan parents tidak menegur guru depan anak2...sekuarng2nya kita ajar anak hormat guru...kalau tak terima sebagai guru pun anggap je hormat orang tua...
26 minutes ago · Unlike · 2 people

Fauzi Shaffie >> ‎Misdan Adam: "practice makes fluent", also true is "wrong practice, you may become fluently wrong", "perfectly wrong'. So, asking students to repeat such things, which they may do wrong again (as in the case of the above students, true), will reinforce the wrong method used.
26 minutes ago · Like

Hadi Mat Dain >> Guru2 yang dilantik bukan kita boleh pilih ikut kehendak kita...berbagai2 jenis yang ada....
25 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Bagi saya, saya tidak dapat menghayati asas logik orang lain. Di sekolah rendah di tempat saya ada kelas murid-murid pendidikan khas, murid disleksia, sindorm down dan sebagainya. Ada murid yang daripada mula kelas hingga masa balik sentiasa nak mencari kunci untuk membuka kelasnya, dan bermain di luar. Seorang guru mengajar dua tiga orang murid sahaja, setiap tahun perlu belajar teori itu dan ini. Kesian pada guru-guru.
23 minutes ago · Like

Fauzi Shaffie >> ‎Hadi Mat Dain: pernah seorang HM confided in me "lebih mudah kawal murid 800 orang drpd nak kawal cikgu 80 orang". Ya, saya faham dan simpati.
23 minutes ago · Like

Misdan Adam >> HM Hadi, memang ramai ibu bapa yang lebih pandai dari guru-guru. Kalau mereka pandai, mengapa mereka tidak mengajar sendiri anak mereka.

Ditempat saya menjadi AJK PIBG ada seorang ibu yang sentiasa komplen itu dan ini, rajin datang mesyuarat PIBG walaupun tidak bayar yuran PIBG. Selepas keputusan UPSR diumumkan, anak beliau dapat 5A. Saya mengatakan bahawa anak beliau tidak layak menerima hadiah daripada PIBG, tetapi disebabkan dia komplen banyak dan tidak mahu berhujjah panjang, maka akhirnya diberi juga hadiah.
10 minutes ago · Like

Misdan Adam >> Politik sekolah hebat, kalah politik pejabat.
about a minute ago · Unlike · 1 person